Tak Sabar Nak Masuk Rumah
Petang tadi lepas beli barang dapur kami singgah kejap tengok rumah. Rumah tu kami dah beli cuma belum siap dibina. Dijadualkan siap dalam bulan 9. Tadi nampak rumah semua dah siap (dari luar la), dorang tengah korek parit dan bina pintu gerbang. Minta-minta la dapat kunci akhir tahun ni.
Rumah yang kami beli ni jenis townhouse. Kami ambil rumah atas, layout apartment. Masuk je rumah terus nampak dapur. Tu yang pelik sikit tu. Tapi rupa-rupanya memang rumah baru-baru semua layout dapur kat pintu masuk, pastu baru ruang tamu. Ntah apa-apa punya design.
Rumah tu takde pagar (yay), tapi perumahan tu dipagari sekeliling dan ada jaga. Dorang panggil gated and guarded.
Perumahan gated and guarded ni memang idaman saya sebab suami keje shift, saya ni pula jenis overthinking and selalu anxiety. Bila gated n guarded ni rasa tenang sikit la tidur malam.
Nak citer sikit la pasal pencarian rumah.
Ada beberapa rumah yang kami duk ushar. Antaranya apartment yang pernah kami sewa sebelum ni. Lokasi dekat dengan tempat kerja suami. Apartment pun baru juga. Kualiti baik. Cuma kelemahan dia parking dan trafik.
Di apartment sebelum ni tempat parking kereta saya kat tingkat 3A. Tingkat 3A tu maknanya tingkat 5 la. Bole bayang tak pusing 5 tingkat untuk keluar, dan pusing 5 tingkat lagi untuk balik. Memang menjemukan. Bayangkan pula bila anak dah start sekolah nanti. Hantar dan ambil anak sekolah setiap hari. Haha bole pengsan pusing² parking tu aje. Sekolah paling dekat kat situ kene drive jauh pastu u-turn. Pastu drive jauh lagi dan u-turn. Baru la sampai sekolah. Dekat je, tapi depan apartment ni highway. Tak boleh pergi ke kanan, semua ke kiri. Sekolah pulah sebelah kanan.
Trafik pula macam saya cakap tadi depan apartment ni highway. Jadi bila time nak hantar anak sekolah pukul 7 pagi tu, dapat agak tak macam mana dia punya jammed. Pastu agak-agak kita nak keluar simpang ni kereta bagi tak kita keluar. Ke kita kene jadi rambo baru dapat keluar. Saya pula jenis sopan santun kat jalanraya. Susah juga nak dapat can keluar simpang.
Disebabkan dua faktor ini makan kami tak jadi la ambil apartment tu. Tapi serius saya suka layout dia. Duduk atas angin, takde hiruk pikuk. Maintenance semua tip top.
Rumah kedua ni rumah dua tingkat dan layout dia lawa giler. Masa masuk tu saya rasa bahagia sangat. Hahaha. Tapi harga dia pula berat sikit la. Sebenarnya bole je tapi kene control gaya hidup dan berjimat cermat. Saya tak rasa nak korbankan gaya hidup yang elok ni demi bayar rumah. Better rumah murah tapi kualiti hidup tinggi.
Kualiti hidup yang saya maksudkan seperti makanan berkualiti, pakaian berkualiti, selalu bole balik kampung, vacation setiap tahun, mampu enroll class untuk anak-anak, mampu perubatan swasta jika perlu, ada lebihan untuk adik beradik jika mereka memerlukan kita kelak. Kualiti hidup tu la maksud saya. Bukan minum kopi mahal, beg mahal semua tu. Bukan tau.
Saya ada terfikir juga nak beli rumah lama (dan buruk) tapi murah dan kami renovate bagi lawa macam ada orang buat kat tiktok tu. Tapi suami tak mau. Dia nak rumah baru bina. Sebab dia tak mau ada masalah dalaman rumah. Betul juga cakap dia.
Akhirnya kami shortlist-kan kepada dua buah rumah. Kedua-dua rumah ni harga lebih kurang sama, projek kerajaan negeri. Harga pun kira murah la untuk negeri Pulau Pinang ni.
Yang sebuah ni rumah dua tingkat, 3 bilik 2 bilik air. Dan memang kami nak rumah ni la pada mulanya. Tapi masa tanya tu, banyak dah lot terjual. Tinggal lot belakang je. Belakang tu pula ladang kelapa sawit. Jadi saya tak rasa selamat nak duduk lot belakang sebab suami kan keje shift. Takot la pencuri ushar-ushar ternampak rumah waktu malam takde kereta. Haaa takottt. Lagipun kawasan perumahan tu baru lagi, kedai pun jauh-jauh.
Rumah kedua ialah townhouse ni. 3 bilik dan 2 bilik air. Kawasan dah maju dan banyak kemudahan di sekitar. Cuma layout dia pelik. Masuk je rumah nampak dapur. Pastu bilik kedua ada sliding door. Saya pun tak pasti nak bagi bilik kedua tu kat Abang ke, kat Adik. Dah masuk remaja karang takot dorang curi-curi keluar. Harap² tak macam tu la kan.
Apapun kami dah ambil pun townhouse ni. Walaupun ada kelemahan tapi banyak kelebihan. Paling penting harga mampu milik, senang access ke tempat keje suami (walaupun jauh), dekat dengan surau, sekolah, kedai, restoran, klinik, gerai goreng pisang, etc, selamat sebab ada guard terutama bila suami shift malam.
Tak sabar nak pindah. Otak ni duk fikir design camana nak buat untuk kabinet dapur rumah tu nanti.
Ulasan
Catat Ulasan