Header Blog

Lepas tidurkan anak tetibe terasa rajin pula nak buat header blog.

Biasanya header blog saya selama ni cuma tulisan saya edit lawa-lawa. Kali ni saya nak buat kelainan sikit.

Pada awalnya saya nak guna gambar sendiri dan anak-anak. Belek punya belek rupa-rupanya saya takde gambar terbaru. Gambar anak-anak dan suami je ada.  Ye la saya tukang amik gambar memang gambar dorang je la yang ada.

Gambar raya tu ada. Tapi boring la gambar raya. Hahaha.

Akhirnya saya pergi kat freepik dan cedok gambar kat situ. Gambar muslimah ni satu, pastu gambar pantai ni satu. Bergabung, meletop, tambah nama blog. Siap!


Inilah kejadiannya.
Takde la cantik mana, ok-ok je kan.
Jom kita bincang falsafah di sebalik header ni.

Wanita itu ialah saya (la kononnya). 
Dan pakaiannya yang serba hitam itu adalah favourite saya kerana saya ni gothik² punya orang. Jubah dan dress tu ialah pakaian yang pernah saya pakai semasa zaman berduaan dengan suami sepanjang 6 tahun. Lepas lahirkan baby, dress dan shawl dah tak praktikal lagi. Saya berubah pakai tuding sarung, blouse dan slack kerana ialah lebih memudahkan pergerakan handle baby, apalagi fully breastfeed. Kini anak kedua (dan bongsu la agaknya) dah berusia dua tahun, maka dah sampai masa saya kembali pakai dress dan shawl. Tapi shawl tu mungkin tak la kot. Maybe pakai tudung sarung lagi sampai anak-anak dah mumayyiz. 

Pantai tu pula favourite place saya. Bersantai ke, riadah ke, lepak ke, makan ke, apa ke semua saya suka buat kat pantai. Saya memang dilahirkan di perkampungan nelayan dan dibesarkan di kawasan pantai juga. Dan saya belajar Biologi Marine which is berkaitan dengan pantai juga. Jadi pantai memang berkait rapat dengan saya. Cuma dewasa ni saya tak bertemu pantai dah. Walaupun saya tinggal kat Pulau Pinang, tapi area tempat tinggal saya di kawasan sawah padi. Sawah padi cantik. Masa menghijau, hijau sungguh sejauh mata memandang. Bila menguning, kuning sungguh sejauh mata memandang. Indah tempat ni. Cuma pantainya tak indah. Haha.

Nama Isme Ulam Raja pula, sebenarnya saya hentam keromo je pakai nama ni kat facebook. Tetibe rasa ok juga nama ni. Terus lekat sampai jadi nama blog. Nama sebenar saya Asma. Tak jauh dah tu, Isme dan Asma.

Itu je la. Nak tunjuk header blog je. Jumpa lagi.

Ulasan

Catatan Popular